• Info Menarik
    • How to Get Along with Difficult Coworkers During Internship
    • Adakah anda ingin melabur dalam hartanah?
    • RM10 Prepaid Reload Untuk Dimenangi Setiap Minggu
    • Perbezaan Lelaki Dan Perempuan Pada Waktu Lunch
  • Soal Jawab Agama
    • Tutorial Solat Dalam Keadaan Duduk
    • 17 Kesalahan Berkaitan Solat
  • Kebesaran Allah
    • Proses Kejadian Nabi Adam A.S
    • Tubuh Ibu Dan Anak Melekat Ketika Berzina
    • Pemuda Yang Ibu Bapanya Menjadi Babi
    • Gambar Pokok Pisang Mengandung
  • Tafsir Mimpi
 
Islam Itu Suci
Discover the beauty of Islam
  • Home
  • About
  • Blog
  • Contact
  • Home
  • About
  • Blog
  • Contact

In Blogging

Pemuda Yang Ibu Bapanya Menjadi Babi

356 Views November 21, 2019 Be first to comment

Pemuda Yang Ibu Bapanya Menjadi Babi Pin It
3 generations on couch looking at tablet

ah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.

Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”.

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.

Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.

“Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.

“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.

“Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.”

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Wallahualam.

Share

Previous Post

Proses Kejadian Nabi Adam…

In Blogging

Proses Kejadian Nabi Adam A.S

View Post

Next Post

Perbezaan Lelaki Dan Perempuan Pada…

In Blogging

Perbezaan Lelaki Dan Perempuan Pada Waktu Lunch

View Post

Menu

  • Info Menarik
    • How to Get Along with Difficult Coworkers During Internship
    • Adakah anda ingin melabur dalam hartanah?
    • RM10 Prepaid Reload Untuk Dimenangi Setiap Minggu
    • Perbezaan Lelaki Dan Perempuan Pada Waktu Lunch
  • Soal Jawab Agama
    • Tutorial Solat Dalam Keadaan Duduk
    • 17 Kesalahan Berkaitan Solat
  • Kebesaran Allah
    • Proses Kejadian Nabi Adam A.S
    • Tubuh Ibu Dan Anak Melekat Ketika Berzina
    • Pemuda Yang Ibu Bapanya Menjadi Babi
    • Gambar Pokok Pisang Mengandung
  • Tafsir Mimpi

Categories

  • Blogging
  • General

Recent Posts

  • Most Successful Forex Traders In The World
  • Why Students Hardly Go Through Online Class
  • What can you do with social media
  • Top 3 Ways To Grow Your Money
  • Pet-Friendly Neighborhoods

Tags

memilik hartanah own a property property investment

Recent Posts

  • Most Successful Forex Traders In The World
  • Why Students Hardly Go Through Online Class
  • What can you do with social media
  • Top 3 Ways To Grow Your Money
  • Pet-Friendly Neighborhoods

Calendar

March 2021
M T W T F S S
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Islam Itu Suci
  • Home
  • About
  • Privacy Policy
  • Terms

© 2020 Islam Itu Suci. All Rights Reserved.

Terms and Conditions - Privacy Policy